Pasembur Gurney Drive, Penang

ASSALAMUALAIKUM

Setelah hampir setahun lebih tidak bersiaran, alhamdulillah Farah masih hidup.. hihihihi.. kalau nak diikutkan, banyak sangat nak diceritakan.. tapi kali ni kita focus kat makanan ok.. ohh rindunya Penang, syurga makanan

Jalan jalan Penang tapi taktau nak makan kat mana? Nak cari tempat makan best kat Penang? Tempat makan yang sedap? Saya nak cerita tentang tempat makan yang recommended kat Penang.. jemput baca >,<

Okay, hari ni cerita about pasembur.. Pasembur yang sedap di Penang and for sure the best pasembur is Pasembur Gurney Drive!!! Terletak di Gurney Drive Hawker Centre.. Alaaa.. dekat dekat dengan Gurney Plaza.. Gruney Drive ni ala ala foodcourt, ada dua bahagian tau! Mula mula makanan chinese and then jalan depan sikit ada lagi satu foodcourt.. Haa! tu macam macam ada!


Bila dah sampai sini, cari stall nombor 9!


Oh! Actually pasembur tersangat laa famous dan dikenali sebagai Pasembur Menari.. why Menari?? Haa!! Sebab, pekerja kat sini akan potong pasembur sambil menari ikut melodi lagu "Rojak".. Menarik sangat..



Okay, ni laa stall nyaa.. ya Allahh.. banyak gila pilihan.. jadi rambang mata you allss.. rasa nak ambik semua tau!


 




Tengok udang dengan ketam diaa.. ya Allahh.. tergugat iman 

Mula-mula, kita pilih je apa nak pilih, then bagi kat pekerja tu untuk potong.  Lepas tu, dia akan letak timun and sengkuang.. Memang awal awal rasa macam tak cukup, tapi bila dah potong then tambah pulak timun dengan sengkuang.. Haa! baru kenal erti penyesalan.. Lastly, tengok dia letak kuah kat pinggan tu.. ya Allah. .terliur tau!


Tadaa!! inilah pasembur yang saya and family order.. actually ni pinggan yang besar tu tau tapi maaflah, time tu dah excited sangat nak makan, so main snap je picture.. nasib baik sempat snap hihi.. Total nya RM38 and kami makan berenam.. memang banyak sangat! semua tak mampu nak habiskan.. So, berbaloilah dengan apa yang kami bayar tu..


Sedap gilaa tau tak! Memang rugi kalau dah sampai Penang tapi tak try Pasembur Gurney Drive nie.  Oh kuahnya memang merah kan? Tapi jangan risau, tak pedas pun.. ada rasa manis manis gituu.. 

Okaylah! tu je nak cerita pasal pasembur.. ada yang terliur tak? hihi.. Thanks pada yang baca! Assalamualaikum :)

Post a Comment