aku ceraikan kau, 2012..

ASSALAMUALAIKUM

okay, semalam Farah ade buat short segment : pencarian bloglist Farah.. alhamdulillah, tak sampai 30 minit Farah dah dapat target yang Farah nak..

actually Farah cume carik 7 link blog jee tapi yang comment bagi link blog ade 8 orang... so, Farah terima je laa.. agak terharu jugak ade yang sudi join short segment.. thanks pada yang sudi join..

so, jom laa ramai ramai kita skodeng blog yang ade dalam blog list Farah kat sidebar ni ye ;)

okay, tutup cite pasal tuu..

hari ni 31 disember 2012.. lagi beberape minit nanti da masuk tahun 2013.. wuhuuu.. saya dah 19 tahun.. tidakkkk!!!



kenangan 2012.. banyak!! banyak sangat sangat.. kalau nak list semua memang tak dapat laa den.. ponatt... :D

tahun 2012 membuatkan family kami famous di kampung nie.. fuhh fuhh.. bangge kejap bile  jalan jee pusing kampung, semua orang tegur.. huwahuwahuwa... bangge yang tidak terkata..

tapi. mengapakah perubahan drastik itu berlaku? adakah kerana saya anak raja?? ohh tidak.. tidak.. biarlah hanya kami sekeluarga dan orang terdekat jee yang tahu..

saya cuma nak share pengajaran daripada apa yang berlaku.. 
bila kita ditimpa musibah atau sesuatu yang tidak diingini, time ni laa kita baru kenal mana satu kawan dan mana satu musuh..
tak dapat saya bayangkan macam mana kami sekeluarga menangis berjemaah mengenang apa yang terjadi dalam keluarga kami.. kami saling memberi semangat sesama sendiri..



masa tu, orang kampung datang rumah memberi semangat.. memberi galakan.. memberi sokongan.. mereka sama sama ikut serta menegakkan kebenaran..



ya Allah.. terima kasih yang tidak terhingga kepada semua..

okay, dah takde idea nak tulis.. nak duduk kat luar rumah, then tunggu bunga api tumm tumm tamm tumm yang berkaler kaler.. peace ^_^v

semoga kita berjumpa lagi pada tahun hadapan..
maafkan diri ini andai kata terdapat salah silap sepanjang tahun 2012 ini.. semoga kehidupan kita pada tahun 2013 lebih baik daripada tahun ini.. insya Allah..
saya sayang family saya.. 

assalamualaikum.. selamat malam :)

Short Segment : Pencarian Bloglist Farah

**TAMAT**


ASSALAMUALAIKUM

okay, malam malam tak taw nak buat ape, tibe tibe terase nak buat satu segmen.. segmen?? oh.. Farah tak pernah buat segmen.. *teruja tak

actually, ni cume simple mimple segmen jee.. tengah godek godek blog tadi, termuncul satu idea nak buat satu bloglist baru.. tapi nak masukkan blog sape ye??

emm, pikir punye pikir, ahha!!
sesiapa yang nak saya masukkan link blog awak dalam bloglist Farah, comment kat entry nie and sertakan link blog awak..
tu jee.. senang kan? tapi.... emm, tersedar jugak, ade ke yang nak join? blog ni tak famous pon.. tak pe la, sesiapa pon boleh, cume comment je okay? Farah carik lebih kurang 7 blog..

so, tujuh pengomen yang pertama akan masuk dalam bloglist Farah.. from Januari 2013 until March 2013.. segmen taman if dah cukup 7 orang peserta, okay?

that's all.. stop here.. Assalamualaikum.. Selamat Malam semua :)




**TAMAT**
**TAMAT**
**TAMAT**

Diploma Farmasi UniKL RCMP

ASSALAMUALAIKUM

update!! 6th April 2014 - Diploma Farmasi UniKL RCMP Part 2

okay, ni update yang tertunggang.. about DIPLOMA FARMASI UNIKL RCMP.. yelah, tiap tiap hari tengok kat traffic sources, mesti ade from google yang search about RCMP.. okay, saya faham, before saya register kat RCMP pon saya akan search internet, nak taw suasana kat tempat baru, kan? okay, let's start now.. *ekceli, saya tak taw camane nak mule kan -,-*

Apa nak taw pasal RCMP eh?
emm, intro dulu okay? UniKL RCMP is Universiti Kuala Lumpur Royal College of Medicine Perak.. UniKL tak semestinya kat KL je, dia ade kat satu Malaysia, ade 11 cawangan; kat Melaka, Johor, Selangor and lain lain.. semua 11 UniKL nie ade course yang berbeza.. means satu cawangan dah ade pengkhususan course.. da terang lagi bersuluh kan? nama pon Medicine, so, memang course perubatan jeee laa kat sini

RCMP ade 4 course for diploma:
  • diploma in pharmacy
  • diploma in fisioteraphy
  • diploma in nursing
  • diploma in radiography
3 course untuk degree:
  • Bachelor of Medicine and Bachelor of Surgery (MBBS)
  • Bachelor of Pharmacy
  • Bachelor of Science Nursing

UniKL ni swasta?
yup.. UniKL memang swasta.. eh, jangan takot.. untuk pengetahuan semua, UniKL nie under MARA.. seriously memang special punya.. toksah pikir swasta ni mahal or whatever, okay? masuk jee sem satu nanti, kita kene apply loan MARA.. loan okay? PINJAMAN! loan untuk enam semester pengajian kita (i mean diploma).. yang syok, kita dapat elaun sara diri tiap tiap bulan.. dalam RM535 sebulan.. cukup laa nak sara diri kat Ipoh tuu :)

then, yang lagi syok, MARA akan tolong kita reduce kan jumlah pinjaman kita.. kita just kene perform betol betol mase final exam.. kalau kita maintain pointer, insya Allah kita bayar balik tak banyak..
UPDATE!! 27 MARCH 2015 - Loan MARA convert to scholarship if pointer 4.0 SAHAJA.. If pointer 3.5 to 3.99, dapat discount 15%
UPDATE!! 27 JULY 2017 - Syarat untuk apply loan MARA dah berubah and tak semua student dapat elaun sara diri. Harap maklum  

Suasana kat RCMP?
okay, campus RCMP tak laa besar sangat... setakat ni dapat menampung student MBBS, Farmasi and Radio.. student Fisio and Nursing pulak akan ditempatkan kat bangunan Maybank Trust.. okay, memang jauh dari campus.. tapi, ni pon sementara jee.. sementara nak tunggu bangunan RCMP yang baru tuu siap..

untuk pengetahuan semua, kat campus takde swimming pool, takde gym, takde court badminton, takde padang bola, okay?? tapi ade makmal (memang berlambak makmal), muzium anatomi, bilik mayat and yang berkaitan dengan medik medik nie laa.. tuu memang perfct! mayat import dari india youuuuu..


UPDATE!!! Faculty Pharmacy and Health Science sudah berpindah ke campus baru, iaitu Tasek Campus.. Main Campus hanya digunakan oleh student Medic.. walaubagaimapun, proses pendaftaran untuk semua program masih dijalankan di Main Campus..
Tasek Campus terletak agak jauh daripada Main Campus.. Tasek Campus terletak di kawasan perindustrian dan jauh ke dalam. So, kalau daripada jalan utama, susah nak jumpa campus ni.. Tasek Campus berdekatan dengan stesen keretapi Tasek..

Hostel?
emm, okay, hostel RCMP setakat nie memang bukan kat campus.. insya Allah, dalam pembinaan, doa doa kan laa cepat siap.. hostel ade dua.. (UPDATE : tiga)
  • Kolej Kediaman Sri Murni (student perempuan)
  • Kolej Kediaman Kledang Emas (student perempuan)
  • Kolej Kediaman Tambun (student lelaki + student Bachelor of Pharmacy)

Hostel memang jauh giler babeng dari campus.. about 20 minit kalau naek bas or kereta.. untuk student sem 1 memang DIWAJIBKAN duduk hostel, okay? tapi don't worry sayang, pagi pagi disedikan bas untuk pergi ke campus.. petang nak balik pon macam tuu jugak.. ade bas. ;)
UPDATE - Saya dapat info, student perlu duduk hostel selama setahun
okay, Hostel Sri Murni ni untuk student perempuan je.. hostel ni best! memang macam hostel ala ala sekolah dulu dulu.. ade bilik bilik, satu bilik 2 or 4 orang.. then, ade cafe..ade guard jugak..dijamin selamat duduk sini :)

Hostel Kledang pulak untuk student lelaki.. tapi time intake saya ( Julai 2012), student perempuan terlampau ramai sampai hostel Sri Murni tak muat, so, terpaksa lah duduk hostel lelaki..

Hostel Kledang nie memang terbaekk.. tak macam hostel pon.. hostel ni kat kawasan perumahan elit.. rumah tiga tingkat.. satu rumah ade enam bilik.. then, satu bilik ade 2 or 4 orang.. tapi...

kat sini susah nak carik tempat makanan.. jauh daripada pekan.. susah sikit nak carik kemudahan.. kat belakang tuu ade laa 2 kedai runcit, kedai jahit, bengkel motor, kedai alat tulis and yang penting, kedai topup ;)
UPDATED!
Now, hostel Sri Murni and Kledang fully untuk student perempuan.. student lelaki stay di hostel Tambun
UPDATE! 27 JUNE 2017 - Hostel di main campus dah siap and semua student stay di hostel selama setahun.  For second year, student boleh apply hostel based on result exam ( If result okay, so boleh stay hostel).  For certain student, class still in Tasek Campus tapi transportation disediakan dari hostel ke campus.
Location RCMP?
okay, kalau sesat, nak tanya orang kat Ipoh tu, jangan laa sebut UniKL.. memang tak ramai yang taw.. sebut jee Kolej Perubatan Diraja Perak.. confirm sume taw.. kat signboard pon takde tulis UniKL.. sebab before nie, memang name dia Kolej Perubatan..okay, location RCMP..
  • belakang Hospital Besar Ipoh ; Raja Permaisuri Bainun
  • Jalan Greentown
  • berhadapan dengan bangunan KWSP
  • melintas je jalan, ade Greentown Mall (Supermarket UO, bowling and macam macam laa) UPDATED!! no more Greentown Mall, but ANGSANA MALL
  • bersebelahan wisma bangunan Perak Darul Ridzuan

Farmasi best tak?
seriously memang best giler.. tapi agak tough sikit..sem satu ade 7 subjek (intake July 2012)
  • Introduction to Pharmaceutics
  • Basic Formulation (belajar buat ubat kat lab.. syok!)
  • Biochemistry
  • Basic Physical Chemistry
  • Basic Physiology
  • Foundation English
  • IT
okay, attention please.. bila habis jee Diploma in Pharmacy, awak awak and awak bukan terus jadi pharmacist, okay? kita akan jadi Pharmacy Assistant dulu... if da graduate Bachelor in Pharmacy, barulah kita boleh jadi Pharmacist.. okay?

tapi.. kalau kita nak sambung Bachelor in Pharmacy, kita kene maintain pointer diploma kite at least 3.8 and above.. susah tak??? -,- kalau tak dapat 3.8, kita tak boleh sambung Bachelor in Pharmacy, but kita boleh sambung untuk course yang relate dengan farmasi.

UPDATED!!untuk sambung Bachelor of Pharmacy, CGPA untuk diploma in Pharmacy 3.5 and above, not 3.8..

ni syarat-syarat lain untuk student lepasan diploma farmasi yang berminat nak sambung ijazah farmasi :) (klik sini untuk sumber)

i)   Pemohon warganegara Malaysia wajib lulus Bahasa Malaysia dan Bahasa Inggeris dengan sekurang-kurangnya mendapat gred C dalam Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) atau yang setara

ii)  Wajib lulus minimum band 3 dalam Malaysian University English Test (MUET) sebelum pelajar bergraduat

iii) Lulus Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) dengan sekurang-kurangnya 5 B dalam Biologi DAN Kimia DAN Fizik DAN Matematik (ATAU Matematik Tambahan) DAN satu subjek lain di peringkat Sijil Persekolahan atau yang setara 

Lecturer?
lecturer memang best giler.. kalau tak faham, diorang akan explain sampai satu kelas faham.. diorang semua memang friendly.. kalau segan nak tanya dalam kelas, pegi jee laa jumpe diorang privately, diorang akan terangkan kat korang.. 

yang syok, for sem one la, tak sure pulak next next sem, lecturer sume baik hati, notes dah dibagi!!! yuhuuu!!  tak payah juling juling mate salin notes sambil pasang telinga dengar lecturer cakap kt depan.. 

okay, untuk duit photostate jangan risau, kita guna duit kita dulu, tapi nanti MARA ade bagi elaun kelengkapan setiap tahun.. boleh lah cover duit photostate and alat alat tulis or uku buku tuu

lagi??? fuhhh... rase da panjang kot saya tulis.. *ade ke yang nak bace?* nak cerita ape lagi nie?

Uniform
oh lupe, for diploma, kita semua ade uniform masing masing...farmasi, kita diwajibkan beli ..

UPDATE!! 27 JUNE 2017 - Uniform Farmasi dah tukar colour.. ala ala Maroon gituuu.. no more si kuning kuning >_< Price not sure. sorryyyy
  • dua helai baju uniform - sehalai RM45 untuk perempuan and RM40 untuk lelaki
  •  sehelai lab coat (pakai kat dalam lab untuk buat buat ubat) - RM55

ehem..saje promote gambar.. kalau jumpe kat campus tegur tegur laa ye wahai junior.. i'm you senior now!! huwahuwahuwa *gelak jahat* :p

emm,emm, da kot.. kalau nak tanye pape, boleh laa PM saya kat inbox okay? oh ye, ni ade link blog kakak kakak senior yang pernah update about Diploma in Pharmacy UniKL RCMP..

Malaysia vs Thailand

ASSALAMUALAIKUM

ahaa!! semua tengah update pasal bola? okey, Malaysia kalah... tapi Malaysia kalah bermaruah, kan? :')

okey, overall perlawanan malam nie, for sure, memang tak puas hati kan?

bukak je tv1, umm... terok giler padang nyeee... sepak jee bola, hambek kau! tercabut rumput.. nampak tanah tanah -,-

okey, perlawanan mule mule macam biase, then agak tegang bile pakwe saya fadli shas kene kad merah.. seriously saya nangis bile tengok mamat tuu nangis.. wuhuuu.. but, tertanye gak.. patut ke fadli shas dapat kad merah??

saya memang emo time tuu, yela, pakwe kene kad merah, kan? sape tak sedih :p


then, terserlahlah satu persatu ketidakadilan pengadil yang berat sebelah and umpama disogok or rasuah or whateverlaa.. errr... -..-


but personally, Malaysia da perform yang terbaik.. actually saya kesian tengok team Harimau Malaya.. 
  • latihan kat 'bendang',
  • Safee Sali and Wan Zack Haikal injured, 
  • Mat Yo striker solo, 
  • Fadli Shas kene kad merah,
  • Pengadil berat sebelah..

huishh.. banyak giler dugaan.. macam ni eh layanan yang orang kite dapat??

semangat terus habis bila Thailand dapat dua gol..tapi....


saya rasa, Farizal did his job very well.. tapi, nasib tak menyebelahi team Harimau Malaya.. takde rezeki kita nak masuk final, kan?

apa apa pon......





HARIMAU MALAYA TETAP THE BEST!!!

Nak blogwalking, tapi....

ASSALAMUALAIKUM

Hari nie saya nak buat luahan perasaan.. huh?? takot?? takk.. tak payah takot, kite baek baek jee ..hee~~ :D

Semenjak cuti sem nie, memang blog ni sentiase dibelai setiap hari dari lepas zohor hinggalah pukul 12 malam.. *teruja tak?*

sebab.. rase nyee cuti sem nie je laa ade peluang nak blogwalking bagai.. start next sem? memang aku tak pandang daa blog nie daa.. lagi lagi lepas sem 2, ade short sem , then terus sambung sem 3.. memang takk laa dapat peluang nak cuti sem selama 2 bulan *sobsob*

okey,okey, tatkala aktiviti blogwalking yang giat dijalankan, saya mengalami satu masalah, eh? dua sebenarnye..

1st problem is ...nak follow, tapi follower widget takde!

ni follower widget.. cube check kat blog korang, ade tak bende nie? ade tak?

ape? awak dah ade button follow ala ala tumblr tuu?? oh, okey :)

awak awak awak, awak nak taw tak, kalau guna button follow ala ala tumblr tu, ade limit.. kite cume boleh follow 300 blog sahaje!!! then, after tu, kite da tak boleh follow lagi daa.. sadis, kan?

ni button follow ala ala tumblr.. tak salah letak button nie, tapi make sure ade follower widget jugak, okay?

so, adik adik kakak kakak yang comel comel, letak laa follower widget eh? kate nak follower ramai, kan? so, letak laa eh? senang blogger lain nak blogwalking and follow balik..okay comel? ;)

2nd problem is... tak boleh nak jejak blog

ni lagi satu hal.. awk da follow blog kite, tapi awak tak tinggalkan link.. acane kite nak terjah blog awak balek? haa!! kene make sure awak awak ade tinggalkan link, ye? kalau tak, penat penat jee awak blogwalking, kan?

ni contoh yang tak de link.. kan susah nak jejak, kan? kan? kan?

see? dia ade letak link.. so, kite just click and yea! kite da sampai blog dia... senang kan?

bole semua?*angguk angguk* okey, good girl.. so, kepada kakak kakak adik adik abang abang, tolong eh? saya tegur untuk kebaikan bersama.. nanti awak jugak yang untung sebab ramai follower, ramai reader and ramai kawan, kan? :)

babai~~

cuti sem :')

ASSALAMUALAIKUM

hampir tiga minggu tak update blog.. akhirnya, alhamdulillah.. selesai jugak final exam sem 1.. syukur sangat sangat..

macam mane final exam? emm, before final exam, rase cuak sangat sangat.. al-maklumlah, budak sem satu, tak pernah tempuh final exam lagi :D

time study week memang struggle sangat sangat.. terasa lega bila sumber inspirasi and pembakar semangat masih sudi memberi sokongan.. berlawan lawan pointer sape lagi tinggi,  berkobar kobar nak bangun study pukul empat pagi.. bile ingat balek, emm, best!! tuu semua kenangan :')

final exam, alhamdulillah.. aku agak confident dengan ape yang dijawab.. tapi.. tak nak over confident.. nanti kalau tak capai target, frust menonggeng laa jawab nye.. just berdoa agar keputusan yang dapat nanti setanding dengan usaha yang aku lakukan:)

habis jee last paper, terus packing packing barang nak kosongkan hostel..

babai katil

babai Kledang ; hostel yang super duper awesome :')

  last pic at hostel :)

selesai sem 1... rumah sewa pon da settle.. manfaatkan cuti yang ade... next sem kene lebih struggle, kene buat persiapan mental and fizikal.. banyak lagi dugaan and cabaran yang perlu ditempuh..


wallahua'lam..

study week

ASSALAMUALAIKUM

ya Allah, baru sem satu, blog aku da ditinggalkan macam nie jee...erghh.. serius busy.. kalau sem 2? sem 3? sem 4 and next next sem?? emm, entah laa..

sem satu da nak habes, sekarang tengah study week.. 19 november start final exam.. CUAK! boleh ke aku dapat 4flat?? insya Allah :)

life as a university student, banyak perkara baru aku belajar.. belajar daripada pengalaman, daripada kawan kawan dan keadaan sekeliling..

satu perkara yang aku tertarik nak kongsikan is about relationship..

classmates aku tak semuanya 18 tahun.. ade yang 19, 20, 21, 22 tahun.. memang tak dinafikan, memang ramai dah ade pasangan or 'couple' time 1st week kat campus.. then, break, clash sebab da jumpe pengganti kat depan mata..

hey!! kau couple da bertahun tahun, ade yang sampai dah tunang. takkan putus macam tu jee?? hanya disebabkan kau tertarik kat someone yang kau baru seminggu dua kau kenal?? err.. tak logik weyh..

serius, banyak giler kes ni aku dengar.. tak payah kat campus laa, kat class aku pon daa banyak daa.. haishh.. susah nyee nak setia kan?? senang nyee nak cari pengganti kan??

emm, entah laa.. aku cume mampu lihat and dengar.. then, aku interpret sendiri dalam hati.. ini lah dunia.. dunia realiti.. aku baru nak kenal dunia.. itulah hakikatnyaa..

one more thing is about pergaulan..

emm, aku bersyukur giler family aku sentiase titikberat kan hal agama.. aku tak menyesal aku jadi budak sekolah agama even aku pernah kena kutuk perli.. at least aku boleh beringat batas batas antara lelaki and perempuan.. 

dalam class?? aku hanya mampu lihat and ingatkan diri sendiri, "Farah, jangan buat macam tu"..

aku kena pandai bawak diri kat tempat orang.. takde family nak tegur kalau aku buat salah.. takde sape boleh ubah diri aku melainkan aku ubah diri aku sendiri..

memang banyak dugaan and cabaran.. pandai pandai nak hadapi semua tu sendirian.. alhamdulillah, setakat nie aku okey.. aku cuma tanamkan niat, aku pegi UniKL just untuk study, try dapat 4flat every sem and jadi pharmacist 5 tahun lagi.. insya allah..

about relationship?? serius, aku dah takde pape perasaan bile pandang lelaki.. kalau terpandang abang abang medik, "hensem ohhh abang tuu" that's all.. takde niat laen.. just menikmati keindahan ciptaan Tuhan :)


SELAMAT HARI RAYA AIDILADHA

ASSALAMUALAIKUM

wahh.. lamenye tak update.. sedar tak sedar, esok daa nak Raya Haji kan?
Raya Haji , Raya Aidiladha and Raya Korban.. 
teringat al kisah Raya Haji tahun lepas.. kenapa? hanya Tuhan jee yang taw perasaan aku time tuu..

Aku cume mampu berdoa.. berdoa agar aku dapat mengecapi kebahagiaan bersama orang yang aku sayang..
Ya Allah, satukanlah keluargaku semula.. Berikanlah kami petunjuk agar kami dapat beri yang terbaik untuk keluarga kami.. Lembutkanlah hati mereka yang keras.. Semoga kebahagiaan yang pernah kami bina sebelum ini akan bersinar kembali.. Aminn..
miss this moment

aku yakin,
sekeras mana pun hati seseorang itu, ia akan lembut juga tatkala mengenang saat indah bersama keluarga.
wallahua'lam.. berharap kejadian setahun lalu takkan berulang lagi..
semoga mimpi aku untuk menjadikan hari esok merupakan saat paling bahagia dalam hidup aku bersama keluarga akan menjadi kenyataan.. insya Allah..
Assalamualaikum :)

My New Life

ASSALAMUALAIKUM

ya Allah.. da dekat sebulan aku tak update blog nie.. cian nye diaa.. ade sawang tak?? ade habuk tak?? okey, takde.. alhamdulillah :) da genap 2 bulan aku start my new life as mahasiswi UniKL RCMP but aku tak pernah cerite life aku kat RCMP right?

just simple introduction about RCMP.. RCMP stand for Royal College of Medicine Perak.. ROYAL weyh!! kau ade?? :p dulu name dia Kolej Perubatan Diraja Perak.. dah terang lagi bersuluh kan ade perkataan 'perubatan' tu, so, kat sini memang course course perubatan jee laa.. Farmasi, Radiografi, Fisioterapi and Nursing..

no compromise.. memang RCMP best.. hostel, housemate, roommate, lecturer, class sume bestt.. memang terbaekkkk.. susah nak explain macam mane besttt nyee hidup kat RCMP, hanya hati yang mampu mentafsirkannya *ayat geli :p*

ni gambar budak2 class aku.. tapi tak semua ade.. semuanya ade 89 orang.. 22 laki and yang lebih tuu pompuan laa.. kalau da ramai macam nie, memang takk laa aku ingat nama semua kan? muke pon macam ingat tak ingat jee..haha.. terok..terok..

ni pic dgn housemate time minggu orientasi, kat dalam feri.. ehem, kami orientasi kat Pulau Pangkor weyh.. kau ade???? *AGAINN!!* kan aku da cakap RCMP memang best.. orientasi daa macam holiday daa.. jealous please :p

1st day class.. sementare tunggu bas CIK KIAH datang, niee laa keje kitorang kat rumah :D

emm, kalau nak cite semua, memang penat laa nak taip.. lagi2 yang nak bace, memang takk laa kan.. serius memang susah nak gambarkan suasana kat RCMP.. meh datang daftar, baru taw seronoknyee RCMP.. hee~~

btw, kat sini laa aku belajar kenal dunia.. belajar berdikari, tanpa family.. yang ade, cume kawan kawan yang baru dua bulan aku kenal.. entah baek, entah tidak.. 

kat sini jugak aku belajar nak survive alone.. belajar nak jimat duet.. belajar biase kan diri kat tempat orang..

dua bulan kat  RCMP.. memang daa banyak aku belajar.. for sure, yang mane satu kawan, and yang mane satu lawan..

niee laa kawan kawan baek aku.. ni laa geng aku.. ni laa housemate aku.. ni laa roommates aku.. 

diorang banyak ajar aku.. diorang banyak tegor aku.. diorang selalu dengar problem aku.. diorang laa yang terbaekk...

Suraya, Norliana, Nur Ain, Nurelysa Sofea, Nuratira Syuhada, Nur Hilwah Hayatie, Tan Yi Jia.. 
semoga persahabatan yang baru kita bina dua bulan lepas akan terus kekal sampai bila bila..
insya Allah Jun 2015 kita sama sama graduate..
semoga lima tahun lagi kita semua akan bergelar Pharmacist.. Aminnnn.. :)

Salam Aidilfitri

ASSALAMUALAIKUM..

SELAMAT HARI RAYA AIDILFITRI semua!!!!

wahh.. lame giler tak update.. da raye daa.. wuhuuu~~

ehem, da raye ketige da.. semua maseh dalam mood raye kan? so, tak nak laa tulis panjang panjang, just wanna share da picca ;)

we are cousins ^^

with ibu ^^ iloveyou :)

cucu kesayangan ^^

we ^^

4F ; Fazliana, Fazira, Farizatullisa and Farah ^^

ilovethem ^^

HAHA..amacam?? we heart yellow ^^

ehem, korang untung taw.. tak semua pic kat sini aku upload kat fb.. erks?? okey fine.. takde orang kesah pon.. saya tak femes.. k bye :p

Selamat Hari Ibu

ASSALAMUALAIKUM...

13 Mei 2012.. semua semua of course taw hari ni hari ibu kan? da ramai post kat fb and blog pasal mother's day nieh..

okey laa.. aku pown nak post jugak..

SELAMAT HARI IBU, IBU!!



walaupown kite tak rapat,
walaupown kite banyak rahsia,
walaupown kite selalu gadoh,
walaupown kite tak selalu cakap,
walaupown muke kite tak same,
walaupown kite tak banyak persamaan,

tapi tak bermakna saya tak sayang ibu,
tapi tak bermakna saya tak hormat ibu,
tapi tak bermakna saya abaikan ibu..

walau ape pown yang berlaku, saya tetap sayang ibu..
I LOVE YOU INFINITY..
Selamat Hari Ibu kepada semua ibu di seluruh dunia ^_^v
g